SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis memadam video pesanan khidmat masyarakat bertajuk 'MC Boleh Jadi Rasuah' selepas dibidas oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
SPRM dalam satu kenyataan berkata, mesej daripada video tersebut sebenarnya adalah untuk mendidik masyarakat dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi serta menerima rasuah.
"Dalam konteks video ini, ia merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit (MC) palsu dan contoh ini berdasarkan situasi benar yang pernah disiasat oleh SPRM menerusi aduan yang dibuat pihak majikan dan orang awam.
"Suruhanjaya ini tidak berniat untuk menjatuhkan atau mempersoalkan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam isu berkenaan," menurut kenyataan SPRM pada Khamis.
Media tempatan melaporkan, Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai dalam satu kenyataan berkata, video tersebut telah menyinggung perasaan pengamal perubatan dan menggesa SPRM untuk memperbetulkan dahulu diri sendiri susulan dakwaan korupsi membabitkan suruhanjaya tersebut.
Mengulas lanjut, SPRM berkata, pihaknya amat menghargai pengorbanan dan sumbangan pengamal perubatan khususnya ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.
"Sehubungan itu, bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, SPRM mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 06 2022
SPRM berkata, pihaknya amat menghargai pengorbanan dan sumbangan pengamal perubatan khususnya ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.
11 maut bangunan lima tingkat di Manila terbakar
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman dan komersial lima tingkat di kawasan chinatown di Manila, Filipina pada Jumaat.
Pasukan penyelamat giat lakukan pencarian lebih 40 penduduk hilang
Dalam insiden itu, pihaknya percaya lebih daripada 49 orang dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Angka kematian tanah runtuh di India melebihi 300
Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di Daerah Wayanad, Negeri Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Universiti sukan: Fungsi, aspek hala tuju perlu dikaji terlebih dahulu
Fungsinya perlu dikaji terlebih dahulu kerana ketika ini terdapat tidak kurang daripada tujuh universiti yang menawarkan kursus berkaitan sukan.
Pengosongan kerusi ADUN Mahkota diumum Ahad ini
Pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota akan diumumkan pada Ahad ini 4 Ogos.
Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac tahun lepas, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat bahawa, pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
5 pekerja kontraktor ditahan curi kabel projek LRT3
Polis menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT3 yang membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta dengan penahanan lima pekerja kontraktor di tiga tapak projek berkenaan, pada Khamis.
Taktik seludup minyak masak bersubsidi ke Kemboja gagal
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dipercayai hingga ke Kemboja berjumlah 116 kilogram (kg) selepas menahan dua individu warga asing di Padang Besar pada 24 Julai lalu.
Peralatan Darjah Kebesaran SSAP palsu dirampas
Polis merampas pelbagai peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) disyaki palsu daripada seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran terbabit.
Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
Ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM antara 6.30 hingga 7 petang, semalam.
SPRM tahan pemilik syarikat kemuka tuntutan palsu di Tawau
SPRM hari ini menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan sebut harga untuk kerja baik pulih serta penyelenggaraan dua sekolah.
Dua beranak ditahan, disyaki terlibat sindiket pas lawatan IMM13
SPRM menahan reman dua beranak kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM 13 yang didalangi oleh beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa di daerah ini.
Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat
Pelajar sekolah mampu jadi ejen, Wira Anti Rasuah negara - SPRM
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Nazli Rasyid Sulong berkata pendidikan adalah alat yang paling berkuasa untuk memerangi rasuah.
Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari
Dua penjawat awam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000.
Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung tiga hari - SPRM
Suspek ditahan bagi siastaan membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya bernilai kira-kira RM6 bilion di Lembah Klang.
Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.