SPRM nafi tutup akaun Twitter
Nailah Huda
Mei 27, 2020 10:21 MYT
Mei 27, 2020 10:21 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah menutup akaun rasmi Twitter seperti yang didakwa beberapa pihak.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menegaskan akaun rasmi @SPRMMalaysia mengalami masalah teknikal.
“Berhubung dakwaan kononnya akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) @SPRMMalaysia dinyahaktifkan, SPRM ingin menjelaskan bahawa perkara tersebut berpunca daripada isu teknikal di pihak Twitter sejak semalam.
“Susulan itu, SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari sama dan isu tersebut kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan," kata SPRM.
Dalam masa yang sama, kenyataan itu juga menzahirkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak tehadap isu berkenaan.
“SPRM turut berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM.”
Penutupan akaun tersebut sejak dua hari lalu dipertikaikan oleh beberapa pihak di laman sosial Twitter, termasuk beberapa ahli politik.
Setakat jam 10 pagi Rabu, akaun Twitter @SPRMMalaysia masih didapati telah "dinyah aktifkan".
#ahli politik
#akaun SPRM
#Azam Baki
#integriti
#laman sosial
#Latheefa Koya
#nyah aktif
#Rasuah
#spekulasi
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tutup akaun
#Twitter