SPRM nafi keluar kenyataan siasat KPPA berkaitan isu rasuah

Bernama
Ogos 24, 2023 17:00 MYT
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan palsu seperti itu ternyata berniat jahat dan mengelirukan orang ramai.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 23 Ogos 2023 berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) seperti yang tular di media sosial.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan palsu seperti itu ternyata berniat jahat dan mengelirukan orang ramai.
"Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," menurut kenyataan itu.
Semalam, tular di media sosial satu kenyataan bertajuk SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Bin Mohamed kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
#SPRM #KPPA #siasatan rasuah #tular di media sosial
;