SPRM mula siasat berhubung laporan rasuah di lautan

Astro Awani
Julai 21, 2021 17:05 MYT
Aktiviti pencerobohan nelayan asing itu berlaku sekian lama sehingga merosakkan eko sistem laut, kawasan habitat ikan dan menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mula menjalankan siasatan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Astro AWANI melalui siri laporan rasuah di lautan.
Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan siasatan sudah dimulakan.
Pada masa sama, beliau meminta dan mengalu-alukan mana-mana pihak dan individu termasuk pegawai penguatkuasa menyalurkan maklumat berkenaan kes berkenaan kepada pihak SPRM.
Sebelum ini Astro AWANI membawakan dua laporan khas berkaitan penguatkuasa yang menyalahguna kuasa dengan mendapat imbuhan dari pihak tertentu termasuk nelayan asing dari Vietnam supaya tidak diambil tindakan kerana menceroboh perairan Kelantan.
[LAPORAN KHAS]: Rasuah terapung di tengah laut
Dalam siri laporan itu memaparkan bagaimana wang yang dibungkus dalam plastik dicampakkan ke laut oleh nelayan asing yang menceroboh perairan Kelantan dan Laut China Selatan bagi mengaut hasil laut termasuk gamat.
Laporan Khas | Rasuah Terapung Di Tengah Laut
Aktiviti pencerobohan nelayan asing itu berlaku sekian lama sehingga merosakkan ekosistem laut, kawasan habitat ikan dan menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.
Laporan Khas | Siri 2 rasuah terapung di tengah laut
#SPRM #Rasuah #rasuah terapung #nelayan #Malaysia #korup
;