SPRM mesti bebas daripada pengaruh eksekutif - PM Anwar

Bernama
Oktober 1, 2023 07:20 MYT
Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah kepada SPRM sempena sambutan ulang tahun yang ke-56, hari ini. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada pengaruh eksekutif.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata SPRM juga mestilah tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.
"Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.
"Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara," kata beliau.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada SPRM sempena sambutan ulang tahun yang ke-56, hari ini.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #SPRM #bebas daripada pengaruh eksekutif #Rasuah