SPRM masuk kediaman Najib

Sinar Harian
Mei 18, 2018 09:53 MYT
Terdahulu, dilihat pemimpin tertinggi Umno serta beberapa ahli parti itu hadir melawat Najib. - Foto Sinar Harian
Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini sebentar tadi.
Difahamkan pegawai terbabit menaiki dua buah kenderaan.
Terdahulu, dilihat pemimpin tertinggi UMNO serta beberapa ahli parti itu hadir melawat Najib.
Antaranya adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Mohd Johari Baharum bersama lima ahli UMNO dilihat memasuki kediaman Najib pada pukul 4.30 petang.
Selang beberapa minit Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Badshah Md Hanipah pula hadir.
BACA: Azalina, Mahdzir lawat Najib bagi sokongan moral
#Barisan Nasional #Malaysia #menteri #Najib Razak #Perdana Menteri #Rasuah #SPRM #UMNO