SPRM kesan wanita warga Vietnam bantu siasatan
Sinar Harian
April 5, 2022 08:40 MYT
April 5, 2022 08:40 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kini mengesan seorang wanita warga Vietnam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan pihak mereka.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, wanita berkenaan berumur 42 tahun dan dikenali sebagai Ngo Thi Ngoc Thu serta beralamat tetap di No.1, Jalan Setia 4/1, Taman Setia, Kluang, Johor dan alamat terakhir di No.20, MJ/35, Taman Merdeka Batu Berendam, Melaka.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diharap dapat menghubungi pegawai penyiasat, Shahrizan Mohd Nor di talian 07-931 7982 atau 016-9382 270," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian