SPRM kesan lelaki bergelar 'Datuk'

Bernama
Julai 12, 2023 04:20 MYT
SPRM sedang mengesan seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Justin Lim Hwa Tat (gambar) yang berumur 47 tahun. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki tempatan bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes SPRM di sini.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai Datuk Justin Lim Hwa Tat yang berumur 47 tahun.
"Justin Lim mempunyai alamat terakhir di No. 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit agar menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun menerusi talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau e-mel kepada freddick@sprm.gov.my.
-- BERNAMA
#SPRM #Justin Lim Hwa Tat #bergelar datuk #SPRM Kuala Lumpur