SPRM kesan lelaki bantu siasatan kes rasuah di Selangor
Bernama
September 14, 2022 22:44 MYT
September 14, 2022 22:44 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di Selangor, tahun lepas.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai Low Yoke Keong berusia 34 tahun.
"Low Yoke Keong mempunyai alamat terakhir di No. 3362, Jalan Cheras, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohd Azizul Saari di talian 017-910 6623 atau e-mel kepada azizul.saari@sprm.gov.my," menurut SPRM.
-- BERNAMA