SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu

Bernama
Mei 1, 2024 14:15 MYT
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
"Pegawai terbabit dipercayai melakukan pemalsuan itu tahun lepas dan juga tahun ini, yang berkaitan dengan pelbagai program anjuran KADA," katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata pegawai kanan itu telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
Beliau berkata ia bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2019.
-- BERNAMA
#SPRM #Rasuah #tuntutan palsu #KADA
;