SPRM cari Md Asraful Islam, Mohamad Syaza Na'im

Bernama
Jun 29, 2024 14:50 MYT
Md Asraful dan Mohamad Syaza Na'im dicari SPRM.- Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang warga Bangladesh setelah lelaki itu gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah bagi pertuduhan kes.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan Md Asraful Islam, 38, adalah pemegang pasport bernombor EH0365795 dan beralamat terakhir di G-13, Blok 4, Jalan Mesra 3, Taman Mesra,13400 Butterworth, Pulau Pinang.
"Individu tersebut gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Ramli Abd Hamid di talian 019-2676958 atau e-mel kepada ramli.ahamid@sprm.gov.my," menurut kenyataan itu.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, SPRM turut mengesan seorang lelaki tempatan Mohamad Syaza Na'im Mohd Khairudin, 30, yang beralamat terakhir di A4-G06, Lorong Pauh Indah 3, Taman Pauh Indah, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Adam Khalid di talian 016-6491439 atau e-mel kepada adam.khalid@sprm.gov.my," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#SPRM #warga Bangladesh #Md Asraful Islam #Mohamad Syaza Na'im Mohd Khairudin
;