SPRM cari empat individu bantu siasatan 1MDB

Astro Awani
Jun 11, 2018 19:24 MYT
SPRM sedang mengesan empat individu termasuk pegawai syarikat itu bagi membantu siasatan terhadap skandal 1MDB.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jawatan terakhir tiga daripada mereka adalah pegawai 1MDB dengan alamat terakhir di Kuala Lumpur.
Mereka adalah Tang Keng Chee, 53 tahun, dengan alamat terakhir di 112, Jalan 5/149G Taman Sri Endah; Geh Choh Heng, 47 tahun, alamat terakhir 27, Jalan Setiamurni Satu, Damansara Heights.
Loo Ai Swan, 45 tahun, juga disenaraikan dengan alamat terakhir di 25, Jalan Seri Beringin 2 in Damansara Heights.
Manakala seorang lagi, Tan Kim Loon, 40 tahun, dengan alamat terakhir No. 20 M, Jalan 5/40, Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.
“SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan,” kata SPRM dalam satu kenyataan.
SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu-individu terbabit agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin (03-88700000 sambungan: 0323, aida_arifin@sprm.gov.my) dan Nahar Haris (03-88700000 sambungan: 0388, nahar.haris@sprm.gov.my).
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Geh Choh Heng #loo ai swan #Rasuah #siasatan #SPRM #Tan Kim Loon #tang keng chee
;