SPRM cari dua lelaki bantu siasatan sindiket bolos sempadan negara

Astro Awani
November 18, 2020 05:03 MYT
SPRM sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
Individu pertama, Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di No 27 Jalan Kota 12 Taman Kota di Yong Peng, Johor dan No 13A di Jalan PJS 1/32, Batu 6 ½ Jalan Klang Lama di Petaling Jaya, Selangor.
Manakala individu kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai dua alamat terakhir di Kuala Lumpur iaitu 3-2 Residensi Sultan Ismail No 12 Jalan Sultan Ismail dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway dan satu alamat di Negeri Sembilan - No 803, Pekan Baru Juasseh, Kuala Pilah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal menerusi talian 014 3042 195 atau e-mel ke muhamadhairi@sprm.gov.my.
Semalam, 46 orang termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen ditahan SPRM dalam operasi besar-besaran berhubung kes yang sama.
Pemantauan SPRM sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas mendapati sindiket tersebut menjalankan aktiviti sejak setahun yang lalu.
#SPRM #sindiket #sempadan #Yuen Hon Loong #Teo Hun Siang #PKP #Imigresen #Pengarah Siasatan SPRM #jabatan imigresen