SPRM cari dua individu bantu siasatan

Bernama
April 24, 2016 09:05 MYT
Mohd Hafiz Yusoff antara dua indivdu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan badan itu. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes badan itu.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata individu berkenaan ialah Mohd Hafiz Yusoff, 45, pemegang kad pengenalan bernombor 710309-02-5019 dan merupakan bekas eksekutif di syarikat milik negeri Selangor.
Alamat terakhir Hafiz ialah di 20, Jalan Nilam 1, Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor manakala alamat keduanya ialah di Blok F, Tingkat 3, Kiambang Apartment Putra Perdana, Puchong, Selangor. Alamat ketiga Hafiz di F 339 Felda Pasoh 1, Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Individu kedua yang sedang dikesan ialah Wan Ahmad Don, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 690129-09-5073 dan alamat terakhirnya ialah di 91, Kg Padang Siding, Jalan Kubur Besar, Pauh, Arau, Perlis.
SPRM meminta orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Hafiz supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Ps Rosnizam Mansor di talian 019-6001038, melalui e-mel rosnizam@sprm.gov.my atau hadir ke pejabat SPRM yang berhampiran.
Orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wan Ahmad diminta menghubungi Pegawai Penyiasat PPs Hani Marwan Hamim di talian 04-9761982 atau 013-6924841 atau PKPs BH. E Mey di talian 04-9761982 atau 012-5787691 atau melalui e-mel hani.hamin@sprm.gov.my atau emey@sprm.gov.my
#Mohd Hafiz Yusoff #siasatan #SPRM #Wan Ahmad Don