SPRM buru individu kes pemalsuan dokumen, menyamar sebagai pegawai kanan
Hilmi Malik
Februari 19, 2021 22:56 MYT
Februari 19, 2021 22:56 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang giat memburu seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen serta penyaraman sebagai pegawai kanan suruhanjaya itu.
SPRM dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, individu tersebut dikenali sebagai Mohd Nazim AG Abdullah, 45 tahun, yang mempunyai alamat terkakhir bertempat di No 1, Lorong 4/3B Taman Bukit Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu Sabah.
Justeru, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu yang juga pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 untuk tampil membantu siasatan.
"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat terhadap individu berkenaan diminta untuk terus berhubung bersama pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran menerusi talian 016-8817679," kata kenyataan tersebut.
#SPRM
#Kota Kinabalu
#palsu dokumen
#menyamar
#Sabah
#Mohd Nazim AG Abdullah
#sprm sabah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia