SPRM beku akaun bank SUPP

Bernama
Jun 29, 2018 15:13 MYT
SPRM beku akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan di sini malam ini.
"SUPP menerima sepucuk surat daripada banknya menyatakan akaun ibu pejabat parti telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM.
"SUPP akan akur dengan sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti yang diamalkan selama ini," demikian menurut kenyataan ringkas itu.
--BERNAMA
#Parti Rakyat Bersatu Sarawak #sim kui hian #SPRM #SUPP #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia