SPR tubuh pasukan khas pantau kempen PRU14
Hafiz Marzukhi
April 9, 2018 12:49 MYT
April 9, 2018 12:49 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan sepasukan Pegawai Penguatkuasa Kempen bagi memantau perjalanan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Pengerusinya, Tan Sri Hashim Abdullah berkata ini bagi memastikan kempen yang dijalankan bebas salah laku.
"Ini adalah usaha SPR dalam memastikan pihak-pihak yang menyertai proses pilihan raya menepati segala undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam satu sidang media bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Apabila ditanya kesalahan jenis apa yang paling banyak berlaku berdasarkan kempen PRU sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kebanyakkannya melibatkan kes sogokan.
#Dzulkifli Ahmad
#Hashim Abdullah
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#SPR
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Suruhanjaya Pilihan Raya