SPR sasar 70 peratus keluar mengundi pada PRK Rantau
Sahlizah Mohamed
Mac 6, 2019 19:52 MYT
Mac 6, 2019 19:52 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau, Negeri Sembilan pada 13 April depan.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan melasanakan kempen Jom Kita Undi bagi mengalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi.
“Kempen ini akan dihebahkan melalui pelbagai saluran media termasuk di media elektronik, media sosial dan media cetak.
“Ia termasuk memasang kain rentang di lokasi-lokasi strategik seperti di tempat-tempat tumpuan awam, hentian bas dan lain-lain tempat yang bersesuaian,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media SPR berkaitan urusan PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan di Putrajaya pada Rabu.
SPR akan meneruskan penambahbaikan dengan menyediakan dua saluran khas bagi pengundi yang berusia 60 tahun dan ke atas di setiap pusat mengundi.
Selain itu, tempoh masa pengundian akan dilanjutkan dari jam 8 pagi sehingga 5.30 petang.
Sebanyak 11 saluran baharu ditambah bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran menjadikan keseluruhannya 55 saluran berbanding 44 saluran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan mengundi di saluran 1.
Menjelang PRK Rantau, seramai 541 pengundi OKU telah dikenalpasti yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
#Datuk Seri Mohamad Hasan
#Dr S Streram
#Jom Kita Undi
#media sosial
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#prk rantau
#Putrajaya
#SPR sasar 70 peratus
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tok Mat Hasan