Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 78 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Slim, pada Ahad.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi itu bermula jam 2.30 petang dan dijalankan oleh petugas pilihan raya di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim di Slim River.
Menurutnya, kesemua 78 permohonan undi pos tersebut terdiri daripada 75 petugas kategori 1A iaitu 65 petugas pilihan raya dan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pengundi tidak hadir (PTH) luar negara dan satu bagi kategori Borang 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara).
“Sebanyak 68 sampul keutamaan telah diserahkan kepada pihak Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi-pengundi terbabit manakala 10 lagi sampul keutamaan diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) PDRM untuk diserahkan kepada anggota PDRM yang telah memohon undi pos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil kepada calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Katanya, proses pengeluaran kertas undi pos itu juga telah disiarkan secara live streaming di Facebook SPR bagi meningkatkan lagi kefahaman masyarakat awam mengenai proses pilihan raya.
“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos, supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2) yang disertakan, serta segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus PRK DUN N.58 Slim, Perak sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi iaitu pada 29 Ogos 2020 (Sabtu).
“Pengundi juga diingatkan agar tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.
“Sekiranya perbuatan ini dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil dan jika disabitkan serta didapati bersalah boleh dikenakan hukuman sewajarnya,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Aug 17 2020
![SPR keluarkan 78 kertas undi pos PRK DUN Slim SPR keluarkan 78 kertas undi pos PRK DUN Slim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597454661_slimmemilih.jpg)
Pengundi diingatkan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di media sosial.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719036742_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
![PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71584578394_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
![Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717514273_TBALILARIJANI.jpg)
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
![PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715009903_LogaBalaMohan.jpg)
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714223013_TBDatukSeriFadilla.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
![DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638463014_TBNgSzeHanx.jpg)
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
![PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
![BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709462256_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
![Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706588314_calonSijilPelajara.jpg)
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
![SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686380107_950x600.jpg)
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.