KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali gus menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kedua-dua kerusi berkenaan ditangguhkan.
Menurut Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu seiring dengan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu membolehkan kedua PRK terbabit tidak dapat diteruskan.
"Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akur dengan keputusan dan kenyataan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK bagi Parlimen P.054 Gerik Perak dan DUN N.66 Bugaya Sabah, selepas diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah," kata beliau dalam kenyataan media pada Rabu.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat bagi PRK Gerik dan Bugaya - PM
Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataan media memaklumkan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat di Gerik dan Bugaya menyebabkan PRK di kedua-dua kerusi itu perlu ditangguhkan sehingga ke tarikh baharu.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Abdullah memperkenankan perkara itu selepas berpuas hati dengan adanya keperluan berbuat demikian.
Abdul Ghani berkata, sehubungan pengisytiharan itu sebarang prosiding yang telah bermula bagi perjalanan PRK bagi PRK P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya tidak akan diteruskan.
Sebaliknya, jelas beliau, satu tarikh lain akan ditetapkan bagi kedua-dua PRK berkenaan.
SPR sebelum ini mengumumkan PRK Gerik dan Bugaya masing-masing akan diadakan pada 16 Januari depan susulan kematian wakil rakyat dia kedua-dua kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63, meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung.
Sehari selepas pemergian Hasbullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, pula menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu selepas mengalami masalah buah pinggang.
Fareez Azman
Wed Dec 16 2020
Abdul Ghani berkata, sehubungan pengisytiharan darurat itu sebarang prosiding yang telah bermula bagi perjalanan PRK bagi PRK P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya tidak akan diteruskan. - Gambar fail
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.