Spotify tawar pemalam untuk Google Gemini

Amanz
Ogos 2, 2024 06:30 MYT
Kelebihan pemalam ini adalah sama dengan jika anda memberi arahan kepada Google Assistant, ia tidak akan membuka aplikasi tetapi akan terus memainkan muzik yang anda pinta di latar. -Amanz
SEPERTI yang telah kami laporkan sebelum ini, untuk Google Gemini menjadi pintar seakan Google Assistant ia perlu bergantung kepada pemalam.
Berbeza dengan Microsoft Copilot yang menawarkan banyak pemalam dari perkhidmatan pihak ketiga, Gemini setakat ini hanya mempunyai pemalam oleh Google.
Akan datang, Gemini akan menerima sokongan pemalam Spotify pula.
Apakah pemalam ini boleh lakukan? Agak kelakar, pemalam ini diperlukan jika anda ingin menggunakan arahan suara meminta Gemini memainkan muzik daripada Spotify. Jika tidak anda akan terhad kepada YouTube Music sahaja.
Kelebihan pemalam ini adalah sama dengan jika anda memberi arahan kepada Google Assistant, ia tidak akan membuka aplikasi tetapi akan terus memainkan muzik yang anda pinta di latar.
Buat masa ini, pemalam Spotify masih dalam peringkat ujian. Ia tidak ditawarkan lagi kepada semua pengguna.
Saya amat risau akan Gemini perlu bergantung kepada pemalam kerana pemalam pihak ketiga biasanya tidak diaktifkan secara lalai dan perlu diaktifkan satu demi satu – menjadikan Gemini lebih leceh berbanding Google Assistant. -Amanz
#Spotify #pemalam #Copilot #YouTube