Spotify perangi akses perkhidmatan secara haram

Amanz
November 28, 2024 13:10 MYT
Spotify kini mengambil tindakan terhadap pengguna yang mengakses perkhidmatan mereka secara haram dengan menggunakan aplikasi mod. -Amanz
ZAMAN sekarang, semua yang percuma ada kaveat dan untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan kebanyakannya kini menjadi semakin mahal.

Ringkasan AI
  • Spotify kini mengambil tindakan terhadap pengguna yang mengakses perkhidmatan mereka secara haram dengan menggunakan aplikasi mod.
  • Pengguna terbabit mula kehilangan akses kepada koleksi lagu yang telah disimpan. Semua senarai main dan ribuan lagu yang pernah disukai oleh pengguna aplikasi mod dipadam dari akaun mereka.
  • Aplikasi mod Spotify ini juga berisiko tinggi kerana ada yang menyertakan Trojan, yang boleh menyerang peranti pengguna dan mencuri data peribadi mereka.

Disebabkan itu ada sahaja mencari loophole untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan dan ada yang terdesak menggunakan kaedah haram.
Terbaharu, Spotify mula memerangi pengguna yang mengakses perkhidmatan mereka secara haram.
Menurut laporan MySmartPrice, pengguna yang menggunakan aplikasi mod Spotify mula kehilangan akses kepada koleksi lagu-lagu yang telah disimpan.
Semua senarai main dan ribuan lagu yang pernah disukai terus dipadam dari akaun pengguna.
Bukan itu sahaja, menurut sumber ada aplikasi mod Spotify ini turut menyertakan Trojan untuk menyerang peranti pengguna dan mencuri data-data peribadi. -Amanz
#Spotify #MOD #akses secara haram #trojan
;