SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Faris Danial Razi
Februari 24, 2021 20:37 MYT
Februari 24, 2021 20:37 MYT
KUALA LUMPUR: Soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah hari ini.
Memetik laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi tadi.
Laporan itu mendakwa, antara topik bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.
Subjek Sejarah yang merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2 adalah salah satu subjek teras yang perlu diambil oleh lebih 401,000 calon SPM tahun ini.
Astro AWANI masih menunggu maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan mengenai dakwaan berkenaan.
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#peperiksaan
#bocor
#COVID-19
#SPM 2020
#soalan bocor
#sejarah
#kertas 1
#WhatsApp
#kertas 2