SPM 2015: Bincang rancangan masa depan dengan ibu bapa, guru - Najib

Astro Awani
Mac 3, 2016 22:33 MYT
Najib menasihatkan calon SPM 2015 agar berbincang dengan ibu bapa, guru dan kaunselor pendidikan sebelum membuat keputusan. -Gambar fail
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang baru menerima keputusan peperiksaan mereka hari ini disaran membuat pilihan bijak tentang masa depan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya menasihatkan mereka agar berbincang dengan ibu bapa, guru dan kaunselor pendidikan sebelum membuat keputusan.
Namun begitu, menurut Najib, mereka juga perlu mendengar kata hati masing-masing.

Semoga berjaya kepada calon-calon #spm2015 yang menerima keputusan hari ini. Ramai daripada anda akan mengambil...

Posted by Najib Razak on Thursday, March 3, 2016
"Semoga berjaya kepada calon-calon ‪#‎spm2015‬ yang menerima keputusan hari ini. Ramai daripada anda akan mengambil langkah seterusnya dalam menentukan bidang prauniversiti dan kerjaya selepas ini.
"Insya-Allah, kejayaan akan datang kepada mereka yang benar-benar berusaha," kata beliau.
Dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini, seramai 9,721 orang calon SPM 2015 telah mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran.
#bincang dengan guru #calon spm 2015 #masa depan #Najib Razak
;