SPICES USM tempatkan lebih 200 spesimen organ manusia
Bernama
September 18, 2023 04:00 MYT
September 18, 2023 04:00 MYT
KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
"Organ dan spesimen ini diambil daripada tubuh pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian sejak hospital berkenaan ditubuhkan hampir 40 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan SPICES di PPSP, Kubang Kerian di sini pada Isnin.
Dr Abd Rahman berkata galeri berkenaan dilengkapi dengan imbasan kod QR yang dipamerkan, panel interaktif, sistem audio, VR dan AR serta pemetaan 3D organ manusia yang pastinya akan memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.
"Galeri interaktif ini juga merupakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta menjadi lokasi ikonik untuk PPSP.
"SPICES merupakan satu-satunya galeri yang menggabungkan idea sains dan seni serta memberi kelainan bukan hanya kepada USM, tetapi juga Pusat Pengajian Sains Perubatan di Malaysia," katanya.
Katanya, SPICES dibangunkan berdasarkan idea asal untuk menubuhkan Muzium Patologi, selain ia menjadi bukti komitmen USM terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam pendidikan serta penyelidikan.
-- BERNAMA