Spekulasi letak jawatan, Soi Lek pilih untuk diam diri
Astro Awani
Mac 20, 2013 07:34 MYT
Mac 20, 2013 07:34 MYT
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memilih untuk berdiam diri berhubung spekulasi peletakan jawatannya.
Soi Lek sebelum ini menegaskan akan meletak jawatan jika Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tegas Soi Lek ia bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri yang dianggap rahsia dan tidak perlu dikongsi bersama pihak lain.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau akan meletak jawatan jika Tee Keat diumum sebagai calon BN di Parlimen Pandan.
Sementara itu mengenai pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan Lim Kit Siang sebagai calon di kerusi parlimen Gelang Patah, Soi Lek mahu rakyat Johor memilih dengan bijak dan tidak terperdaya dengan omong kosong DAP.
Tambah beliau sekiranya pembangkang menang di Johor, ekonomi negeri itu akan menjadi lembap dan turun mendadak, memperlihatkan segala perancangan dan pembangunan terjejas termasuk di Iskandar Malaysia dan Pengerang.
#ahli parlimen Pandan
#Barisan Nasional (BN)
#Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
#Datuk Seri Ong Tee Keat
#Presiden MCA