Speaker serah watikah bubar DUN Selangor kepada SPR

Bernama
Jun 23, 2023 11:44 MYT
Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi. -Twitter @bernamadotcom
SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi.
Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
#watikah pembubaran DUN #Suruhanjaya Pilihan Raya #Shafie Taib #Ng Suee Lim
;