KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, keputusan menolak usul tergempar dibawa Ahli Parlimen Machang dan Ahli Parlimen Arau dibuat berdasarkan keputusan terdahulu.
Menurutnya, keputusan sama pernah dibuat Datuk Azhar Azizan Harun yang menolak dua usul dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen pada 2021.
“Pada 23 Julai 2021, Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun telah menolak dua usul yang dikemukakan oleh, pertama, Beruas (Ngeh Koo Ham), kedua, Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membincangkan isu tertentu.
“Semasa itu isu proklamasi darurat, tapi Speaker Azhar, saya berpandukan kepada dia, dia tidak boleh membenarkan kerana peraturan mesyuarat 11 (3). Termaktub dengan jelas yang menentukan ialah Perdana Menteri.
“Saya mengambil ‘precedent’ itu mengatakan ini adalah sidang khas, peraturan 11 (3) yang menentukan ialah Perdana menteri. Maka apa yang termaktub dalam syarat-syarat yang diletakkan itu,saya ikutlah,” katanya.
Tambahnya, beliau akan tetap memberi ruang kepada Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) untuk bercakap berhubung usul tergempar dibawa mereka.
Katanya lagi, ruang bercakap selepas pembentangan Perdana Menteri bukanlah bermakna terhad pada hari Isnin semata-mata, sebaliknya terbuka juga untuk hari lain sehingga persidangan khas selesai.
Johari menegaskan, beliau enggan isu tersebut dibangkitkan lagi selepas beliau membuat penjelasan.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ridauddin Daud
Tue Sep 12 2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, keputusan menolak usul tergempar dibawa Ahli Parlimen Machang dan Ahli Parlimen Arau dibuat berdasarkan keputusan terdahulu. - Gambar fail/Astro AWANI
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.