Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany hari ini membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi 'huru-hara' dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri dan sistem demokrasi yang selama ini didukung rakyat.
"Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan.
Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Adun Hutan Melintang dari PKR S.Kesavan menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak.
Menurut surat yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.
Oleh yang demikian, Devamany berkata beliau telah mengarahkan pembantu tadbir dan beberapa pegawainya membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.
"Saya berharap insiden seperti ini tidak menimbulkan spekulasi negatif memandangkan kerjasama antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini amat baik dalam usaha memajukan Perak," katanya.
Sementara itu, Kesavan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pagi ini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya beliau mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan integritinya, parti serta DUN Perak walaupun tidak mengesyaki mana-mana pihak.
"Surat itu adalah satu fitnah terhadap saya, saya mahu pihak polis mengadakan siasatan lanjut terhadap pihak yang terlibat," katanya.
Bernama
Wed Feb 05 2014
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Misteri penghantar surat palsu keluar parti terbongkar
Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku diupah menyerahkan surat tersebut.
S.Kesavan jawab isu keluar parti hari ini
Rakaman CCTV di pejabat speaker DUN Perak berjaya merakam seorang lelaki menyerahkan surat itu kepada kerani bertugas.