Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara menghadap Agong pagi ini

Firdaus Azil
Jun 29, 2021 10:35 MYT
Sesi hari ini merupakan rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula 11 pagi ini.
Terdahulu, kenderaan rasmi yang membawa Azhar dan Rais, dilihat memasuki Perkarangan Istana Negara melalui Pintu Satu.
Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad pula memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu Dua.
Pihak media turut difahamkan, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga telah diperkenan masuk mengadap, namun tiada masa diberikan.
Sesi sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini merupakan rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Azhar dan Rais dijangka menyampaikan dapatan dan kajian mereka kepada Tuanku tentang tarikh pembukaan Parlimen secara hibrid, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Proklamasi Darurat.
Selain itu, media juga difahamkan, mereka akan menyampaikan keperluan mengadakan sidang khas kedua-dua Dewan bagi membolehkan sesi Parlimen Hibrid dijalankan.

Media difahamkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga dipanggil mengadap untuk sesi seterusnya. pic.twitter.com/3YxXIpUUgI

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azalina Othman Said #Rais Yatim #Dewan Rakyat #Dewan Negara #Yang di-Pertuan Agong
;