Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara

Astro Awani
Februari 9, 2024 19:07 MYT
Laporan itu menyebut, surat jemputan bagi tujuan memilih Speaker yang baharu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah, dan pemilihan itu akan diadakan pada pukul 2 petang di Kompleks Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Negara akan mengadakan persidangan khas pada 19 Februari ini, bagi memilih Speakernya yang baharu.
Portal The Star pada Jumaat melaporkan, perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungi.
Laporan itu menyebut, surat jemputan bagi tujuan memilih Speaker yang baharu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah, dan pemilihan itu akan diadakan pada pukul 2 petang di Kompleks Parlimen.
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, bagi menggantikan Tun Taib Mahmud yang sedang mengalami komplikasi kesihatan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan, seorang calon telah dikemukakan, dan Kabinet telah diberitahu tentang individu tersebut.
#Parlimen #Nur Jazlan Mohamed #Wan Junaidi Tuanku Jaafar #Dewan Negara
;