SPAN usaha atasi krisis air

Astro Awani
Januari 11, 2013 18:39 MYT
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menegaskan pihaknya sedang berusaha keras mengatasi krisi air yang melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.
Pengerusinya Datuk Ismail Kasim member jaminan dengan langkah proaktif yang dilaksanakan krisis air yang dijangka berterusan sehingga Tahun Baru Cina dapat diselesaikan lebih awal.
Sambil menepis dakwaan kerajaan Selangor, Ismail menerangkan kerja penylenggaraan dijalankan 24 jam bagi memastikan bekalan pulih sepenuhnya.
Rumah pam Wangsa Maju kini berpperasi dengan keupayaan tiga daripada lima pamnya bagi menampung kapasiti 170 ribu pengguna di sekitar Wangsa Maju, Cheras dan Ampang.
Sementara dua pam lagi berfungsi sebagai simpanan.
Kerajaan Selangor sebelum ini mendakwa SPAN tidak menjalankan peranan dalam menyelesaikan krisis yang berlaku sejak 29 Disember lalu.
#air #Selangor #Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
;