SPAD tubuhkan Jawatankuasa Inkuiri kemalangan bas Genting
Astro Awani
September 27, 2013 16:44 MYT
September 27, 2013 16:44 MYT
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas - Genting bagi meneliti secara terperinci bukti dan laporan berkaitan kemalangan bas di Jalan Genting Highlands yang mengorbankan 37 orang pada bulan lepas.
Jawatankuasa akan turut mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi mencegah kejadian serupa berulang.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismail.
Klik pada video untuk berita selanjutnya.