SPAD masih berjalan seperti biasa buat masa kini - Anthony Loke

Firdaus Azil
Jun 1, 2018 18:20 MYT
ANTHONY: SPAD masih berjalan seperti biasa, dari segi kajian polisi, kajian dasar, kajian perlesenan dan penguatkuasaan seperti biasa.
Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih dijalankan seperti biasa buat masa ini, walaupun Jemaah Kabinet bersetuju untuk membubarkan badan itu, kata Menteri Pengangkutan yang baharu, Anthony Loke.
Ujarnya lagi, pihak kementerian masih mencari jalan untuk menyerap kesemua 997 kakitangan ke jabatan yang sedia ada.
“SPAD masih berjalan seperti biasa, dari segi kajian polisi, kajian dasar, kajian perlesenan dan penguatkuasaan seperti biasa, tetapi kita masih mengkaji beberapa opsyen untuk menyerap peranan SPAD dalam MOT.
“Sebagai contoh, penguatkuasa SPAD seramai 300 lebih akan diserap ke bawah Jabatan Pengangkutan Jalan, tetapi ada bahagian lain seperti perancangan, dasar dan sebagainya, kita masih kaji dan sedang mempertimbangkan apa pilihan terbaik untuk move forward,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat oleh pengurusan SPAD di Platinum Sentral, di sini hari ini.
Ujarnya lagi, memandangkan SPAD diwujudkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, beliau akan cuba membawa perkara itu ke sesi pertama sidang Dewan Rakyat pada bulan hadapan untuk menentukan sama ada akta itu perlu dipinda atau tidak memandangkan status SPAD sebagai sebuah suruhanjaya.

Mengenai status suruhanjaya untuk SPAD, kerajaan akan cuba membawa perkara ini ke hari pertama Parlimen bersidang untuk tentukan sama perlu dilakukan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atau tidak.@501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, Loke berkata, beliau turut diberi taklimat oleh SPAD tentang segala projek, kajian dan perancangan yang telah, dan sedang dilakukan suruhanjaya itu.
Antara yang dibincangkan ialah status Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Malaysia ke Singapura melalui stesyen Bukit Cagar dan Woodlands, penambahbaikan sistem e-hailing dan perkhidmatan teksi, GoKL, di Lembah Klang.

Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura yang akan hubungkan Bukit Cagar ke Woodlands masih diteruskan. Namun kita akan kaji macam mana nak percepatkan pembinaan dan kurangkan kos - @anthonyloke @501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mengenai perkhidmatan bas percuma #GoKL yang beroperasi di Lembah Klang, YB @anthonyloke berkata beliau akan bincang dengan jemaah kabinet untuk meneruskan program ini atau tidak. Kos setahun ialah RM12 juta, dengan kekuatan 36 bas.@501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Inisiatif pas pengangkutan awam tanpa had perlu dibincangkan kembali di peringkat kabinet memandangkan ia memberi implikasi besar kepada kedudukan kewangan negara - YB @anthonyloke @501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) June 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Loke, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mengumumkan inisiatif pemberian pas pengangkutan awam percuma bernilai RM100, yang digariskan di bawah manifesto Pakatan Harapan, perlu ditangguhgkan buat sementara waktu.
Katanya, ini memandangkan inisiatif itu memberi implikasi yang besar kepada kedudukan kewangan negara, dan kerajaan kini sedang dalam proses berjimat cermat memandangkan kedudukan hutang negara agak tinggi.
#Anthony Loke #Dewan Rakyat #Kementerian Pengangkutan #kerajaan #Manifesto #Media #Menteri Pengangkutan #Pakatan Harapan #Parlimen #SPAD #Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
;