SPAD bertindak tegas terhadap pengusaha bas langgar peraturan keselamatan

Media Statement
Julai 11, 2016 19:15 MYT
SPAD tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan.
Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.
"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.
"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.
#aspek keselamatan #MIROS #SPAD
;