SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa

Amanz
September 9, 2024 12:20 MYT
Roket Falcon 9 milik SpaceX berlepas dari Stesen Angkasa Cape Canaveral, Florida, AS, pada 18 Jun 2023. -Gambar fail/Reuters
SPACEX yang dimiliki oleh Elon Musk, kini dilihat mengawal sekitar dua per tiga, atau 62% daripada satelit yang aktif mengorbit di angkasa.

Ringkasan AI
  • SpaceX, dimiliki oleh Elon Musk, mengawal sekitar 62% daripada satelit yang aktif mengorbit di angkasa, dengan 6370 satelit aktif di bawah Starlink.
  • Starlink menawarkan perkhidmatan internet di lebih 100 negara, termasuk Malaysia, dan lebih banyak satelit dijangka akan dilancarkan.
  • Firma lain seperti OneWeb dan beberapa firma di China juga memfokuskan kepada perkhidmatan internet melalui satelit, tetapi dengan jumlah satelit yang jauh lebih sedikit berbanding Starlink.

SpaceX sedia memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan internet melalui satelit dinamakan Starlink, dan mempunyai sekitar 6,370 satelit aktif di bawahnya.
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.
Selain SpaceX, terdapat beberapa firma lain yang turut memfokuskan kepada arena yang lebih kurang sama, dan salah satunya adalah OneWeb yang berpusat di UK.
Namun, dari segi bilangan, ia sekadar 1/10 daripada jumlah satelit Starlink.
Beberapa firma di China juga sedang melihat kepada penyediaan perkhidmatan melalui satelit, dan telah mula melancarkan satelit ke angkasa.
Mungkin kita akan melihat perubahan pada angka dominasi ini dalam tahun-tahun akan datang. -Amanz
#SpaceX #Elon Musk #Starlink #satelit
;