Southern Volunteers mulakan gerak kerja Fasa 2, tingkatkan pendaftaran seluruh negeri
Khairunnisa Kasnoon
Jun 19, 2021 21:17 MYT
Jun 19, 2021 21:17 MYT
KUALA LUMPUR: Lebih 500 sukarelawan Southern Volunteers memulakan gerak kerja Fasa 2 pada Sabtu dengan turun ke seluruh pelusuk negeri Johor bagi meningkatkan pendaftaran vaksin.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, Southern Volunteers bergerak dari rumah ke rumah, ke bandar, ke pekan dan ke desa bagi tujuan pendaftaran.
Mendapat kerjasama Pejabat Daerah dan PBT, Southern Volunteers mensasarkan 600,000 pendaftaran tambahan dalam masa sebulan.
"Insya-Allah saya percaya, kita akan mencapai peratusan 80% rakyat Johor mendaftar vaksin pada bulan hadapan sekali gus membantu mempercepatkan usaha mencapai ‘imuniti kelompok’ di negeri Johor," ujarnya dalam muat naik di Facebooknya.
Beliau turut bersama Southern Volunteers Segamat, Tangkak dan Labis bergerak dari rumah ke rumah dan melawat Pusat Data Southern Volunteers Segamat bagi melihat proses pengurusan ‘key-in data’ yang tersusun dan sistematik.
"Terima Kasih buat semua sukarelawan yang terlibat pada hari ini .
"Terima Kasih Tuan Haji Onn (Secretariat), Pegawai Daerah Tangkak, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pegawai Daerah Segamat,Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Encik Ezlan Farid bin Mohd Said ,YDP Majlis Daerah Tangkak, YM Ungku Mohd Tahir, YDP Majlis Daerah Segamat , Datuk Zahari b Sarip,Adun Buluh Kasap, Datuk Rahim, Timbalan Ketua UMNO Ledang, Joydec Tangkak dan Segamat, Majlis Belia Tangkak dan Segamat , Pemuda dan Puteri Tangkak,Segamat dan Labis serta MSNJ, Sekretariat Sukma dan Joydec yang turut sama sama dalam gerak kerja Southern Volunteers pada hari ini.
"Insya-Allah kita akan jumpa lagi dalam masa terdekat. Muafakat itu Berkat.
"Allah Peliharakan Sultan."