SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan kehadiran jemaah di masjid dan surau Jumaat hanya 50 orang sahaja dibenarkan termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau berkenaan bermula esok sehingga 7 Jun.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata prosedur operasi standard itu turut terpakai bagi aktiviti solat fardhu, solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri nanti manakala kapasiti jemaah di surau lain pula hanya 20 orang sahaja.
Katanya jemaah yang dibenarkan hadir hanya berstatus warganegara dan penduduk tetap sahaja dan terdiri daripada lelaki berumur 15 tahun dan ke atas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
"Setiap jemaah wajib mengisi borang kehadiran yang direkodkan oleh jawatankuasa dan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) setiap hari. Imam bertugas digalakkan membaca surah pendek.
Manakala khutbah akan disampaikan hendaklah berpandukan teks khutbah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
AMINUDDIN-MASJID (SOP) 2 (AKHIR) SEREMBAN
Dalam pada itu bagi amalan takbir raya dibenarkan di masjid, surau Jumaat atau surau lain bermula daripada waktu Maghrib, Isyak, Subuh dan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Katanya jawatankuasa hendaklah memastikan takbir dilaksanakan tidak berlanjutan sehingga lewat malam selain itu selepas solat sunat Aidilfitri, sebarang bentuk jamuan dan ziarah kubur tidak dibenarkan.
Sementara itu katanya bagi pengurusan jenazah bukan pesakit COVID-19, setiap kematian hendaklah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pengurusan jenazah perlu dilaksanakan di masjid atau surau yang akan diuruskan enam orang sahaja.
"Pengurusan jenazah di rumah adalah dilarang. Pengurusan jenazah di masjid atau surau terdiri daripada tiga petugas masjid atau surau dan tiga daripada waris si mati," katanya.
Katanya solat jenazah dibenarkan mengikut kapasiti solat dalam tempoh PKP ini iaitu 50 orang di masjid dan 20 orang di surau manakala majlis tahlil dan talkin tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan kehadiran jemaah di masjid dan surau Jumaat hanya 50 orang sahaja dibenarkan termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau berkenaan bermula esok. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
PKPB: Agong solat sunat Aidilfitri bersama 30 jemaah di Surau Utama Istana Negara
Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 30 jemaah, yang dipimpin oleh Pegawai Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob.