SOP PPN: Perbicaraan kes jenayah dibenarkan - Ismail Sabri
Astro Awani
Julai 2, 2021 20:40 MYT
Julai 2, 2021 20:40 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membenarkan perbicaraan kes jenayah dijalankan sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata perbicaraan kes jenayah masih tidak dibenarkan di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Bagi kes sivil termasuk kes tribunal, dibenarkan beroperasi secara dalam talian termasuk di kawasan PKPD," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan kebenaran beroperasi pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
"Mengambil kira pejabat Pesuruhjaya Sumpah memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutamanya kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.
"Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk membenarkan operasi pejabat Pesuruhjaya Sumpah sepanjang tempoh Fasa 1 PPN kecuali di kawasan PKPD," katanya.
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan
#ismail sabri yaakob
#MKN
#PKPD
#mahkamah
#perbicaraan jenayah
#pesuruhjaya sumpah