SOP 'green bubble' perlu diteliti - KKM

Hasimi Muhamad
Julai 3, 2020 18:50 MYT
Konsep 'green bubble' atau laluan hijau akan memudahkan kemasukan rakyat tanpa sekatan. Gambar - Astro AWANI / Shahir Omar
Malaysia telah melepasi fasa perbincangan awal bersama Singapura untuk mewujudkan 'green bubble' atau laluan hijau bagi memudahkan kemasukan rakyat ke negara masing-masing tanpa sekatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diguna pakai kedua-dua negara.
“Jadi, kita kena melihat suasana atau situasi semasa negara masing-masing dan juga SOP supaya ia boleh digunapakai untuk dua-dua negara.
“Perbincangan untuk negara Singapura telah pun lebih daripada permulaan. Jadi, mungkin kita akan mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang kita benarkan. Insya-Allah akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, jelas beliau KKM turut menjalankan perbincangan awal dengan Australia pada Khamis.
#Australia #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #green bubble #Kementerian Kesihatan #KKM #Singapura #SOP
;