SOP dine-in di Sarawak diumum petang ini

Shafik Ahmad
Julai 13, 2021 13:57 MYT
Dr Sim berkata, dine-in di premis makanan antara aktiviti yang dibenarkan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula 14 Julai.
KUCHING: Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) dine-in di restoran di Sarawak akan diumumkan petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian ketika ditemui di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.
Menurutnya, dine-in di premis makanan antara aktiviti yang dibenarkan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula 14 Julai.
“Dine-in akan bermula esok, ia tertakluk kepada SOP seperti sebelum ini, jadi petang ini JPBN Sarawak akan mengeluarkan garis panduan itu.
“Ia melibatkan SOP asas, antaranya bilangan had pelanggan di satu meja, penjarakan fizikal, bilangan pelanggan dalam sesebuah premis,” katanya ringkas.
BACA: 'Dine-in' dibenarkan di Sarawak bermula 14 Julai
Terdahulu, Sarawak bersetuju akan melaksanakan peralihan fasa pertama ke fasa kedua selepas mengambil nilai ambang berdasarkan tiga indikator yang ditetapkan sebelum ini.
#SOP #dine-in Sarawak #Dr Sim Kui Hian #JPBN Sarawak #Sarawak
;