'SOP bukan alasan rakam gambar wanita tidak berpakaian lengkap'

Kohilah Sekaran
Februari 18, 2017 10:27 MYT
Pada 8 Januari lalu, sepasukan penguatkuasa JAWI menyerbu hotel penginapan Ridhuan dan isterinya serta menahan mereka walaupun diberitahu telah berkahwin secara sah. - Gambar hiasan
INSIDEN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan sepasang suami isteri dalam satu operasi khalwat baru-baru ini, walaupun setelah pasangan itu menunjukkan gambar sijil nikah mereka, mencetus kemarahan netizen di media sosial.
Menerusi hashtag #JAWI, netizen mendesak mangsa dalam kes itu memfailkan saman dan pegawai penguatkuasa yang terlibat memohon maaf kepada Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26.

Dear JAWI, kamu buat silap mengenai pasangan yg sudah berkahwin tu. Apa kata kamu minta maaf je pada mereka. Terserlah Islam tu kan. Tq

— eddydaud. (@eddydaud) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut netizen, menahan sepasang suami isteri walaupun selepas mereka menunjukkan bukti adalah satu tindakan penyalahgunaan kuasa.

How come JAWI refused to believed that the couple they've been harrassed is legally married couple even after showed the married cert.

— Azhar Mohd (@AzharMohd14) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menyifatkan insiden itu sebagai ‘keterlaluan’, mereka turut menyoal kewarasan pegawai JAWI untuk meyerbu bilik mereka dan merakam gambar Siti Sarah yang tidak berpakaian lengkap.
Malah, ada yang meminta JAWI untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) jika itu adalah alasan untuk merakam gambar wanita yang tidak berpakaian lengkap.

Owh, ada SOP rupanya JAWI... Amek gambar, rakam video isteri orang tu nak berpakaian lengkap sedangkan suami... https://t.co/XGSzu8tJwl

— AMMAR THAQIF (@ammar_thaqif) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#jawi trending for a wrong reason. All jawi or religious department why you guys love to raid & take half-naked photo;claim it as SOP. Smh

— NimeHa (@Nime_ha) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nk tgkp gmbr dgn video org masa tgh raid nk buat apa #JAWI

— Crucio (@ridtwayne) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Dakwa ikut SOP." SOP kau termasuk rakam video perempuan sedang pakai baju ke? Gila dah JAWI ni.

— Nizam Bakeri (@nizambakeri) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@syazwan_Arif14 yg kedua,SOP perlu dikaji semula dan ditambahbaik,kes JAWi semalam adlh bukti SOP yg gagal..

— Arif Syazwan (@syazwan_Arif14) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Idk why. Baca berita kes suami isteri kena tangkap khalwat tu buat aku sakit hati pulak dgn tindakan Jawi tu.

— (@WnyRzk) February 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 8 Januari lalu, tujuh penguatkuasa lelaki dan seorang penguatkuasa wanita menyerbu hotel penginapan Ridhuan dan isterinya serta menahan mereka walaupun diberitahu telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.
Mereka kemudian dibawa ke JAWI dan dikurung di bilik berasingan.
Pasangan itu kini memfailkan saman terhadap JAWI.
#JAWI #khalwat #media sosial
;