BANTING: Prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan akan lebih teratur dan tersusun dalam masa lima hingga enam hari dengan melibatkan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata PBT hanya perlu menggunakan SOP sedia ada iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Itu menjadi perkara-perkara asas yang mereka (pengunjung dan peniaga) harus ikut, yang diaturkan bagi peraturan di bazar-bazar Ramadan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sini hari ini.
Zuraida berkata bazar Ramadan tahun ini dapat diadakan dalam norma baharu setelah penganjurannya dibatalkan tahun lepas dan semestinya peniaga dan pengunjung teruja kerana dapat mengunjungi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.
"Saya juga mengakui ada gambar-gambar tular yang nampak tidak ikut SOP terutama dari segi penjarakan fizikal. Ini adalah hari pertama dan kedua, rakyat masih baru dapat ke bazar, jadi mereka teruja...saya percaya dalam masa lima ke enam hari insya-Allah ia akan dapat menjadi lebih teratur dan tersusun.
"Dengan adanya penguatkuasaan di peringkat PBT, ia akan dapat dikawal dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyeru agar MPKL aktif menggalakkan penduduk di Kuala Langat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021
Zuraida berkata PBT hanya perlu menggunakan SOP sedia ada iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan KKM. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.