SOP Aidilfitri tular palsu - Ismail Sabri

Astro Awani
April 27, 2021 18:29 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nafi ada mengeluarkan senarai Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nafi ada mengeluarkan senarai Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial.
Tegasnya, SOP yang ditularkan itu adalah palsu.
"Fake, tak betul saya tidak pernah umum mengenai SOP Aidilfitri, belum lagi. Saya akan umum sambutan Aidilfitri iaitu mengenai (SOP) solat Aidilfitri, ziarah tanah perkuburkan dan kunjung-mengunjung akan diumumkan.
"Mengenai rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih lagi memperhalusi SOP tersebut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
"Apabila selesai (penilaian), kita akan umum dalam masa terdekat," ujarnya.
#ismail sabri yaakob #JAKIM #SOP #KKM #Aidilfitri #media sosial #Kementerian Kesihatan #kesihatan #keselamatan #Malaysia #Majlis Keselamatan Negara #menteri
;