SOP Aidilfitri diumumkan minggu depan - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
April 30, 2021 12:37 MYT
Prosedur operasi standard (SOP) untuk Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) untuk Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan pada minggu depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Begitupun, beliau tidak memperincikan SOP yang bakal diumumkan kerana masih dalam perbincangan dan meminta untuk tunggu sehingga minggu depan.
"Petang ini Jawatankuasa Teknikal akan bincang, kemudian sidang khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) biasanya Isnin, jadi kita akan bentangkan.
"Hari ini akan bincang dulu dan Isnin kita akan bentangkan dalam sidang khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), selepas itu kita buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian melibatkan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), MGate Emerging Technologies Sdn Bhd dan Human Resource Developmen Corporation (HRD Corp) di sini pada Jumaat.
SOP Aidilfitri akan diumum minggu depan
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kemungkinan rentas daerah dilarang semasa Aidilfitri, beliau berkata semuanya bergantung kepada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Belum tahu lagi, kita tunggu cadangan dari KKM.
"Hari ini Jawatankuasa Teknikal, hari Isnin kita percaya sidang khas MKN (akan diadakan) dipengerusikan Perdana Menteri dan pemimpin lain.
"(Kemudian) Kita akan putuskan, saya percaya mungkin Isnin (keputusan SOP Aidilfitri)," ujarnya.
Aidilfitri | Menjelang pengumuman SOP Raya
#SOP #Aidilfitri #ismail sabri yaakob #hari raya #Majlis Keselamatan Negara #KKM #rentas negeri #rentas daerah #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Kementerian Kesihatan #COVID-19
;