Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menghargai sokongan yang diberikan masyarakat Cina terhadap pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata ini jelas terbukti dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lepas di mana sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), RM15 juta untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina yang telah mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas dan telah memenangkan Pakatan Harapan," katanya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-95 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) di Bangunan DPCKLS yang berstatus Warisan Kebangsaan di sini, malam tadi.
Katanya, pada masa sama, kerajaan juga memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum di negara ini diambil kira.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berharap jalinan persahabatan di antara kerajaan dengan DPCKLS akan terus diperkukuhkan.
"Saya mengalu-alukan input DPCKLS dalam bidang pendidikan, budaya dan sosio ekonomi kaum Cina dalam usaha kita bersama-sama memajukan negara," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata usaha DPCKLS bekerjasama dengan pelbagai NGO yang merentasi sempadan kaum dan agama dalam pelbagai bidang membangunkan masyarakat Malaysia, harus dicontohi dan diteruskan.
Katanya, kerjasama ini termasuk menyokong usaha ke arah reformasi Parlimen, membawa isu-isu hak Orang Asli, pendidikan, dan membantu promosi kepelbagaian budaya dan kesenian di Malaysia.
Dr Wan Azizah berkata jalinan kerjasama sedemikian akan membantu memperkukuh perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini dan menjadikannya satu aset penting negara yang harus dipelihara.
"Saya amat menyokong usaha sebegini, yang merealisasikan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan kepada pembentukan Malaysia baharu yang diimpikan, yang menyokong kerjasama erat antara kaum.
"Mari kita sama-sama runtuhkan tembok perkauman yang menghalang pembentukan rakyat Malaysia baharu yang bersatu padu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 07 2018
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan) menerima cenderahati yang disampaikan Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) Datuk Ong Seng Khek (kanan). - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.