KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau baru-baru ini tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana kesemua Ahli Parlimen hanya menyatakan sokongan tanpa melompat atau keluar daripada parti politik masing-masing.
"Akta lompat parti itu bermaksud betul-betul lompat parti. Kalau kita baca perbahasan untuk mewujudkan Akta Anti Lompat Parti ini pada sesi-sesi lepas, penekanan lebih kepada meninggalkan parti yang dia bertanding atas tiket parti tersebut tetapi hari ini, mereka menyatakan bahawa mereka tidak meninggalkan parti, hanya memberi sokongan.
"Jadi apa yang kita lihat di sini ialah dia bukan lompat (keluar parti), dia memberi sokongan dan kerajaan sudah dibentuk," katanya ketika menjadi tetamu program Suara Anak MADANI yang turut menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hari ini.
Bagaimanapun, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata parti masih berhak mengambil sebarang tindakan akibat pelanggaran disiplin kerana ia tertakluk pada keputusan parti masing-masing.
Mengulas lanjut, beliau berkata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membawa usul akta itu tahun lepas turut menjelaskan bahawa tindakan menyatakan sokogan kepada kerajaan tanpa melompat parti tidak melanggar pindaan Perlembagaan yang berkaitan.
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, yang mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Okt 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama.
Azalina turut menafikan segala tuduhan yang dilempar oleh pembangkang termasuk kerajaan telah memberikan sogokan kepada Ahli Parlimen terbabit sekali gus melanggar akta berkenaan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu, Azalina meminta Ahli Parlimen pembangkang memberikan teguran atau kritikan lebih matang di Dewan Rakyat dan bukan hanya yang berkonsepkan kebencian atau ekstremis.
"Kita (amalkan) Sistem Westminster dan mempunyai Kabinet bayangan. Kalau kita tembak dari segi dasar, saya rasa ia lebih adil, afdal sebab contoh menteri komunikasi bayangan kata kalau kami kerajaan, kami tidak akan buat sedemikian.
"Ia lebih kepada perbincangan intelektual dan bagi saya, rakyat Malaysia ini golongan berakal dan mereka boleh memilih," katanya.
Suara Anak MADANI adalah program bual bicara yang menampilkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai moderator serta tetamu-tetamu jemputan dengan gaya lebih santai bagi membincangkan dasar atau isu hangat.
Program itu ditayangkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Suara Anak MADANI bersempena setahun penubuhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana kesemua Ahli Parlimen hanya menyatakan sokongan tanpa melompat atau keluar daripada parti politik masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah
Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.
Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.
PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini
Program Bantuan Bakul Makanan merupakan inisiatif sedia ada yang diteruskan pada masa sama dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.
Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini dilihat hadir ke mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difahamkan sejak 12 tengah hari tadi.