Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas ditikam di hadapan rumahnya di Sungai Buloh dekat sini malam tadi kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.
Pegawai Khasnya Ameer Firdaus berkata Sohaimi yang cedera di kepala dan bahu kini ditempatkan di wad rawatan biasa Hospital KPJ di Damansara selepas menerima rawatan di bahagian kecemasan.
"Luka pada tubuhnya sudah dijahit semalam, beliau semakin baik dan sudah boleh bersembang macam biasa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Sohaimi dan anak saudaranya cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.
Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata suspek direman selama enam hari sehingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
BACA: Suspek tikam ahli MT UMNO ditahan polis, dipercayai kurang siuman
Katanya polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

Sohaimi dikatakan pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya. - Gambar fail

Bazar Raya nadi perkasa keusahawanan komuniti setempat - Fahmi
Bazar Raya NADI yang diadakan serentak di 1,077 NADI seluruh negara hari ini mampu membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan aspek keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat.

Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan fokus bangunkan negara - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi bahawa hanya dengan kestabilan politik sahaja kerajaan dapat memfokus kepada pelaksanaan pelbagai program untuk membangunkan Sabah dan negara.
Politik stabil penting pastikan kerajaan fokus bangunkan negara
Malah, Anwar turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana dapat membantu menenang dan menyederhanakan suasana hiruk-pikuk politik di Sabah.
Percepatkan pelaksaan projek pembangunan di Sabah - PM
Satu keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah khususnya infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, sekolah dan kemudahan kesihatan.
Mangsa Johor terima bantuan khas RM3,000 sebelum Aidilfitri
Bantuan sebanyak RM3,000 akan diberikan sebelum sambutan Aidilfitri kepada 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di 100 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas di seluruh negeri itu.

Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil, di sini, hari ini.

Mangsa banjir Johor akan terima bantuan khas RM3,000 sebelum Aidilfitri
Kerajaan Johor akan menyalurkan peruntukan RM11.247 juta sebagai Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok
JKDM Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Kampung Mentera dekat Bukit Marak, Bachok, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Ejen terima suapan RM40,000 ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kukuhkan kewangan PSM
Anita Azrina, menetapkan matlamat untuk menaik taraf kemudahan sukan menjelang Sukan SEA 2027, serta memperkukuh kelestarian kewangan PSM dalam peranannya yang baru bermula semalam.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.