Social Media Have: Obsesi memakan diri?

Maziatul Syima Rusly
November 14, 2020 10:04 MYT
Tanpa kita sedari, perlumbaan itu sudah menjadi sebati. Masing-masing terlalu ghairah untuk mendapatkan perhatian, fame dan juga rating. -Gambar hiasan
MUST Have
Good To Have
Nice To Have
+
"Social Media Have"
Sejujurnya kehidupan seseorang manusia itu amat mudah dan tidak rumit. Walau bagaimanapun manusia itu yang merumitkan kehidupannya sendiri.
Tajuk yang akan saya kupas bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua. Semua orang merasai dan mengalaminya.
Mari kita imbas apa itu basic needs: Food, water, clothes & shelter.
Selepas semua itu dipenuhi kita beralih ke satu peringkat lagi iaitu safety/protection and security.
Jadi di manakah datangnya kerumitan itu? Mari kita bincangkan.
MUST HAVE
Sesuatu yang mesti dipunyai oleh seseorang untuk meneruskan kelangsungan hidup atau dalam bahasa mudahnya kalau tak ada, boleh mati.
Makanan, minuman, tempat tinggal & pakaian. Semua ini adalah wajib.
Pakaian untuk menutup aurat, melindungi daripada cuaca sejuk dan panas dan sebagai perlindungan diri dari terkena kuman, kotoran dan sebagainya.
Makanan? Minuman? Paling lama manusia boleh bertahan tanpa minuman ialah mungkin dua hari? Tiga hari? Tujuh hari?
Shelter pula ialah tempat kita berlindung. Ia juga merujuk kepada rumah atau apa-apa sahaja tempat yang membolehkan kita berbaring, berehat, berlindung dari cuaca hujan dan panas, berlindung daripada binatang, penjahat dan juga menjaga aib dan maruah seisi rumah.
Ini adalah perkara-perkara yang mesti kita ada; kalau tiada maka tidak lengkaplah hidup kita.
Gelandangan/homeless/beggar mungkin itulah gelaran/label yang akan kita terima.
GOOD TO HAVE
Seterusnya kita memasuki pula peringkat di mana lebih baik sekiranya kita ada/miliki, dalam bahasa lebih mudah ia berupaya memberikan kita lebih keselesaan dan kesenangan.
Daripada memiliki sebuah rumah biasa kini kita beralih pula ingin memiliki rumah yang lebih besar dan cantik. Yang dapat memberi keselesaan kepada seisi keluarga.
Kita mula berkira-kira untuk membuat housing loan atau menggunakan simpanan yang ada bagi mendapatkan rumah yang lebih memuaskan hati agar dapat berdekorasi.
Berkira-kira untuk membuat renovation untuk menambah itu dan ini. Soal makanan pula sudah pandai memilih kerana sudah ada duit yang lebih. Mencari yang lebih bernutrisi dan memenuhi hajat di hati.
NICE TO HAVE
Ini pula peringkat di mana kita sudah mula membiarkan nafsu merajai diri kita. Dari sebuah rumah teres kita inginkan pula sebuah rumah banglo, ada kolam renang, ada air pancut, ada 10 lot tempat letak kereta, and the list goes on.
Kita merasakan inilah bukti kepada kemampuan dan pencapaian kita. Orang menilai kita melalui apa yang kita ada.
Namun ada satu peringkat lagi yang paling tidak berguna dan tidak memberi manfaat kepada kita. Namun malangnya begitu ramai yang terjerumus dan terpedaya.
Tidak lain dan tidak bukan ialah memenuhi kehendak dan keperluan social media.
"SOCIAL MEDIA HAVE/NEEDS"
Kita biarkan Social Media menjadi kiblat hidup kita, kita biarkan masa kita dihabiskan begitu sahaja, kita stalk sana, stalk sini dengan alasan eh kita bukan kipochi.
Kita jadi silent reader, silent follower, secret admirer. Kita sudah memulakan pertandingan, perdebatan dan perlumbaan kita sendiri. Kita jadi marah, obsessed dan juga envy.
Tanpa kita sedari, perlumbaan itu sudah menjadi sebati. Masing-masing terlalu ghairah untuk mendapatkan perhatian, fame dan juga rating.
Golongan anak dara sibuk mempromosi diri mempamerkan dialah paling sopan, paling pandai memasak, paling bersifat keibuan, paling natural beauty, paling pandai menjaga diri tak ketinggalan paling pandai mengaji.
Si anak teruna pula sibuk mempamerkan bahawa dialah paling kacak, paling memahami, paling banyak hobi, paling banyak menjiwai, paling banyak muhasabah diri tidak dilupakan paling banyak berbakti.
Golongan isteri pula sibuk mempamerkan dialah paling busy kesana ke mari, pandai serba serbi, sehingga habis semua almari dan laci hendak dirakami.
Dialah ibu mithali, paling pandai masak, paling pandai mengemas, paling pandai menjaga anak, paling disayangi mentua, paling pandai menjaga hati suami, tunjuk shopping sana sini tak dilupakan paling banyak jewellery.
Segala pinggan mangkuk, periuk belanga jadi umpan selfie dan wefie demi menunjuk periuk akulah yang paling terkini.
Ambil gambar ikan sambil niat menunjuk gelang baru dibeli, ambil gambar anak solat sambil menunjuk kabinet baru dimiliki, ambil gambar makanan tapi mahu tunjuk handbag hadiah hari jadi pemberian sang suami.
Senang cerita akulah wanita paling terbahagia dan dicemburui.
Suami? Golongan suami kebanyakannya sibuk menunjuk pandai. Memberi komen kepada isu-isu politik, isu ekonomi, isu sensasi tidak terkecuali berbangga dengan pencapaian isteri.
Ada yang dengan sengaja mempamerkan kecantikan isteri, bercerita kehebatan isteri sampai ada yang sanggup tukar profile picture semata-mata ingin bagitau siapa isteri?
Tidak kurang juga yang mempamer koleksi hobi dengan harapan ramai yang memuji.
Golongan atok dan nenek pula berlumba-lumba tunjuk kebahagiaan keluarga. Anak yang sana bawa makan di sini, anak yang situ berikan surprise delivery.
Dialah paling alim, dialah paling pandai mendidik anak, dialah paling disayangi. Cucu dialah paling hebat, paling bijak dan paling pandai serba-serbi.
Tidak kurang juga yang obsessed check in sana dan check in sini. Bangga menunjuk rumah yang baru dibeli, bangga menunjuk anak masuk universiti, bangga menunjuk makanan di restoran paling mahal pernah dinikmati. Mungkin itulah caranya dapat memuaskan hati sendiri.
Jadi apakah kesudahan semua ini? Sama-sama kita fikirkan.
Wujud pulak golongan yang mengira berapa "like", berapa "view", berapa "komen". Tidak kurang juga yang mula membuat perkara-perkara bodoh untuk introduce diri.
Rasa bangga dan seronok apabila jabatan netizen mula memuji bermaksud marketing strategy sudah menjadi.
Maka muncullah ramai ustaz dan ustazah jadian, peguam-peguam "berkaliber" yang memberikan "legal opinion", scientists, nutrionists, economists, malah astronauts juga tidak terkecuali.
Muncul pula aplikasi TikTok di mana semua sibuk menari. Dari yang kecik hingga yang tua sudah pandai menayang body.
Buka semua, tunjuk semua sampai tiada apa yang perlu ditutupi. Malah jadikan artis-artis ternama contoh untuk diteladani.
Saya tidak menafikan kecanggihan teknologi adalah sebahagian dari hidup kita di zaman ini. Bukan sahaja kita malah Donald Trump sendiri menggunakan social media untuk meraih undi. Saya faham dan akur dengan keperluan masa kini.
Saya tinggalkan tajuk ini untuk sama-sama kita amati. Sebenarnya apakah yang kita kejar dan kita cari?
Amat mudah tuan-tuan. Keberkatan dan keredhaan Illahi.
Jadi apa perlunya semua ini? Tidakkah kita pernah mendengar tentang "evil eye". Jadi apa salahnya kita remain "low key" demi mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini.
Penulisan ini adalah hasil nukilan peribadi penulis. Tidak merujuk kepada mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Nukilan ini adalah berdasarkan pemerhatian penulis sendiri.

*Penulis merupakan seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang berkhidmat di salah sebuah agensi pusat di Putrajaya.

#media sosial #social media have #must have #good to have #nice to have #obsesi #budaya menunjuk #ustazah jadian #tayang body
;