SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
November 20, 2020 18:44 MYT
Pelan Saluran 200 oleh pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) ini adalah merupakan tindakan proaktif bagi memastikan kawasan sukar askes mendapat liputan jalur lebar. - Gambar SMA
KUALA LUMPUR : Sarawak Multimedia Authority (SMA) mengumumkan pelan Saluran 200 sebagai penyelesaian interim kepada masalah capaian internet luar bandar di negeri itu.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, pelan Saluran 200 akan menggunakan Very Small Aperture Terminals (VSAT).
Penyelesaian itu dirancang kerana pembinaan menara telekomunikasi di kawasan bukan komersial di negeri itu masih berjalan.
“Selain itu SMA menerusi Smart Multimedia Authority Rural Transformation (SMART) juga terus komited untuk meluaskan liputan telekomunikasi ke seluruh kawasan luar bandar negeri itu.
“Ia sebagai inisiatif membantu merapatkan jurang sosio ekonomi di antara penduduk di bandar dan luar bandar,” kata kenyataan itu.
Setakat ini pembinaan bagi 300 menara telekomunikasi sedang berjalan dengan 67 peratus dilaporkan sudah siap.
Kenyataan dikeluarkan sebagai respon kepada kisah seorang orang guru dari SMK Lubok Antu dan pelajar dari Nanga Sumpa dan Nanga Jambu yang terpaksa meredah hutan belantara semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik.
BACA: Demi capaian internet, pelajar Lubok Antu redah bahaya hutan belantara
Usaha ini dilakukan bagi membolehkan mereka mengikuti Home-Based Learning sekali gus tidak ketinggalan dalam pelajaran.
#Sarawak Multimedia Authority SMA #pelan Saluran 200 #Very Small Aperture Terminals VSAT #Masalah capaian internet luar bandar #Lubok Antu #Smart Multimedia Authority Rural Transformation SMART #Pelajar Nanga Sumpa #Nanga Jambu
;